First Love from the First Sight..

Bismillahirrohmanirohim Kita semakin menghampiri ke garisan penamat! Ya, garisan penamat untuk tahun 2018. Sekejab betul rasa berlalu. Ra...

Bismillahirrohmanirohim

Kita semakin menghampiri ke garisan penamat! Ya, garisan penamat untuk tahun 2018. Sekejab betul rasa berlalu. Rasa macam, baru je bulan lepas mengajar budak-budak empat tahun. Apa-apa pun selamat datang 2019 and please be nice to me! eceh... hahaha Tahun 2018! Tahun 2018 adalah tahun yang paling tough! Bukan tough dari segi fizikal. Tak. Tapi tough dari segi mental, mainan hati. Memang koyak habis. Tapi, diri sendiri lah kena kawal. Kalau bukan kita, siapa lagi? Tak kan orang lain yang nak kawal kan. Macam posting aku yang sebelum ni, aku share cerita tentang harapan, crush aku kan.. Tahun 2018 ni, mengajar aku untuk tidak terlalu melayankan perasaan. At last, alhamdulillah! Sibuk kan diri, buat hal sendiri, ketawa, lepak dengan membe, lama-lama lupa lah pasal dia..

Nak dengar cerita tak? Atau, nak baca sesuatu tak? Atau nak tahu sesuatu tak? Meh sini aku nak share cerita. Aku nak bagi tahu yang Aku lahir pada tahun 1995. Batch 95.. Betul ke aku eja batch macam tu? Kalau salah betulkan lah ya..✌ Dulu kan, masa umur aku 12 tahun, dalam darjah enam macam tu, aku memang ada sediakan DIARI HARIAN aku sendiri. Setiap moments yang best, yang tak best, aku akan masukkan dalam diari aku. Siap tulis tarikh, hari lepas tu aku bebel sengsorang. Buku satu, pensel satu, aku bawa je mana aku pergi. Dalam buku tu, banyak sangat rahsia. Kalau boleh tak nak semua orang tahu, tak nak orang baca. *at last orang baca jugak! taik betul! Biarlah aku sorang je tahu sebab aku jenis yang bukan suka kongsi cerita dengan orang. Aku dulu macam pendiam, tak banyak cakap tapi banyak cakap, tapi tak banyak cakap. *eh mana satu kau ni jia oi

Korang, nak tanya boleh tak? Korang percaya tak, "First Love from the First Sight"? Kalau orang tanya aku, bila cinta pertama aku, aku akan jawab cinta pertama aku masa aku umur 12 tahun! alolololo.. Hahahaha.. Korang nak tahu juga tak, kenapa tiba-tiba aku buat posting pasal ni? Sebab malam semalam, aku mimpi dia. Sedangkan sekarang umur aku dah 23 tahun, aku tak teringat dia langsung, tak gila bayang, tapi mimpi dia. Ya, kadang aku percaya, mimpi itu mainan tiidur. Tapi bila tersedar dari mimpi pasal dia, aku macam terkejut! Aku tersentak tiba-tiba. Aku tak tahu apa maksud rasa tu. Kalau hanya sekadar mimpi, tak akanlah aku sampai terkejut and tersentak kan. Kadang tu, aku adalah teringat juga.. Tapi tak adalah selalu or kerap sangat..

"So cik jia a.k.a nuna, apa kene mengene diari harian tu dengan your first love ya?"  Saya nak cerita yang dulu everything about dia, saya tulis dan simpan dalam diari saya. Saya simpan, bila saya dah simpan, saya baca semula. Bila dah baca, tiap hari hati berbunga-bunga. Dulu, kat sekolah dia selalu marah-marah saya, dia selalu ejek-ejek saya, tapi yang peliknya aku ni, orang yang menyampah dengan kau pun kau boleh suka? Kau dah kenapa jia! Gila ke! Nightmare weh bila sesiapa dengar pengakuan kau ni weh! Serius! Budak yang aku suka ni weh, dia pernah koyakkan buku Kemahiran Hidup aku, habis buku aku! Aku tak tahu apsal dia marah sangat dengan aku! Dia pernah pukul aku kat kepala, sakit gila! Memang sakit sampai aku menangis! Semua tu, waktu aku darjah enam. Twelve years is a worst years! Seriously! I tak tipu.

Tapi betul kan orang kata, Cinta itu buta. Dia dah buat kat kau macam-macam pun, kau still suka kat dia lagi. Pernah sekali tu, aku pakai perfumes pergi sekolah. Sebab aku suka pakai perfumes, sampai lah aku dah besar! Semua orang suka perfumes kan. Umur aku 11 tahun, darjah lima waktu tu, dia marah aku pakai minyak wangi weh.. Ayat dia lebih kurang macam ni.. Sampai sekarang aku ingat "Ohh kau pakai minyak wangi pergi sekolah eh! Aku bagi tahu guru besar!" Lepas tu aku pandang paisey kat dia.. Aku pula jenis tak melawan, dalam hati aku kata, "Eh, kau ni dah kenapa?" 

Korang mesti pelikkan, kenapa dia suka marah-marah aku, pukul aku, ejek-ejek aku depan kawan-kawan dia.. Memang memalukan. Korang nak tahu tak kenapa dia marah betul kat aku? Okay aku story. Masa umur aku 11 tahun, aku dengan dia memang tak ada masalah, dia memang baik dengan aku. Aku okay je dengan dia.. Siap gelak-gelak lagi dengan dia, dia pun jenis yang loyer buruk tau. Aku ingat. Kiteorang memang kawan. Tapi memang tak tipulah! Siapa yang kenal dia, memang fall in love dengan dia. Waktu umur aku 11 tahun, aku just suka biasa-biasa je. Tapi aku tak bagi tahu dia.

Sampailah pada suatu hari tu, aku tengah duduk kat meja, datang seorang kawan sekelas aku, perempuan, nama dia start daripada MM. Dia tanya aku, aku suka kat siapa.. pfffftt.. *Jia, kau kecik-kecik dah pandai cakap pasal suka.. adoi belajar la weh! Waktu ni kiteorang dah make a deal tau, jangan bagi tahu sesiapa, aku cakaplah aku ada suka kat membe aku yang sorang  ni.. Korang nak tahu tak apa jadi pada aku? Balik sekolah, depan pagar sekolah, dengan orang ramai, budak lelaki yang aku suka tu, sound aku balik macam ni ayat dia.. "Woi *^%$@  $%#@^ *time ni dia ejek aku guna dua perkataan yang sangat popular kat diri aku.. ! Kau cakap kat semua orang yang aku suka kau eh! and bla bla bla" aku tak ingat ayat dia yang last sekali! Aku ingat ayat yang depan tu je, so aku terkejut lah! Bila masa aku cakap macam tu.. So korang rasa, siapa yang buat-buat cerita sampai macam tu sekali? si MM tu lah!

Sejak daripada peristiwa tu, aku dengan dia tak pernah berbaik. Walaupun aku cuba nak kawan macam sebelum ni balik, tak boleh. Bayangkan sekelas tahu apa yang berlaku, malu ke tak malu! Malu la weh. Menangis aku tau. Lepas apa yang berlaku, dia mula lah cari gaduh dengan aku. Ada je yang tak kena, ada je yang sakit hati. Sampailah umur aku 12 tahun, memang tahun yang paling pahit and yang paling manis. Tahun tu lah, aku mula perlahan-lahan daripada suka, perasaan tu berubah jadi lain.. Dulu tak faham kenapa rasa tu macam tu sebab budak lagi kan.. Hah dah besar bila ingat balik, baru aku faham. Kenangan dengan dia waktu umur 12 tahun, kena duduk sebelah dia. Hahaha mulut memang tak suka, buat-buat marah lah itu lah. Tapi dalam hati. Hahaha Cikgu sesuka hati je tukar tempat aku. Sampai sekarang aku ingat nama cikgu tu. Paling best bila sekolah petang a.k.a sekolah agama.. Dulu panggil, sekolah petang. Ayo korang ni! Haha

Masa sekolah pagi umur 12 tahun, selepas exam, kiteorang akan dapat kedudukan dalam kelas tau. *aku dah macam kerang busuk senyum sengsorang weh  and budak yang aku suka ni, dia ada kawan baik, dua lelaki dua perempuan. so, dia ada empat kawan baik. Kira macam geng dia lah. Dua perempuan daripada geng dia tu, adalah kawan baik aku juga.  Setiap kali kalau exam, dapat report card, dapat markah kertas exam, salah seorang daripada kawan perempuan aku ni, akan tanya aku, dapat nombor berapa. Dapat nombor berapa. Aku tak syak sangat kalau kawan aku ni tanya sebab well dorang kan kawan aku, mestilah dorang nak tahu berapa markah yang aku dapatkan. So, aku pun bagi tahu je lah.

Ada suatu hari tu, aku pelik, kenapa dua orang kawan lelaki daripada geng dia ni, tanya aku markah apa, and nombor kedudukan dalam kelas apa. Lama-lama aku jadi curious tau! Ni siapa yang nak tahu sebenarnya. Hahahaha macam kelakar pun ada. At last aku tak bagi tahu pun any marks aku pada geng-geng dorang ni. eeeeee geram. sebab dulu aku budak yang sederhana, tak lah pandai, tak lah vongok sangat.. huhuhu.. Hah ni lah, yang aku nak cerita pasal sekolah petang!

Bila mana aku tak bagi tahu any marks aku kat kuncu-kuncu dia, bila tiba sekolah petang, ada sorang kawan dia, nama dia aku panggil K.. Sibuk macam makcik nak tahu berapa nombor kedudukan aku dalam kelas petang. Nyampah! Aku saja tak nak bagi tahu sebab aku dah dapat hidu, ada orang yang suruh dia tanya berapa kedudukan markah kat aku. Eh geram tau! Kau dah lah pukul aku! Marah aku! Koyakkan buku aku! Ejek aku! Ada hati nak tahu pasal report aku! Semak je. Akhirnya, dia tahu juga weh. Aku tak tahu siapa yang bagi tahu dia.. Memang senget dan sangat senget.. Ayat dia lebih kurang macam ni.. "Hahhhhh! Aku dah tahu dah kau dapat nombor berapa dalam kelas! Nombor 4!"  Macam siakk je! Hah kan dah kena dengan aku, dengan suara dia yang nyaring tu, memekak je! hish.. Aku korek hidung kat sekolah pun, jadi isu weh! Korek hidung je pun.. Waktu aku darjah enam! Dia memang tak boleh tengok aku buat salah sikit. Dia mesti nak jaja cerita, kecoh kat kawan-kawan dia, lepas tu buruk-burukan aku kat adik dia.. Jahat tak jahat?? Jahat siak! Jahat. Orang jahat macam tu lah yang kau  suka.. Kau yang gila!

Tiba di sekolah menengah, tak sangka. Kiteorang sama sekolah. Form 1 and form 2 tak sama kelas, kalau bertembung pun, buat buat tak nampak. Sampailah aku form 3. Ditakdirkan satu kelas dengan dia. Bila dah tingkatan tiga  ni, dah besar, tak adanya nak ejek, buli aku lagi. Dia pun nampak dah besar, dah matang. Gurau kasar sikit-sikit tu adalah. Tapi tak lah semesra waktu aku umur 11 tahun. Bila aku form 3, pernah juga dia tegur aku, aku jawab  sepatah patah je. Dia duduk sebelah aku, baca surat khabar kat sebelah aku, duduk kat depan meja aku, aku banyak diam, aku tak cakap pun apa-apa kat dia. Aku biar dia borak dengan partner yang duduk kat sebelah aku. Kiteorang betiga memang rapat sebab kenal daripada kecikkan. Tapi budak yang aku suka ni kawan baik dengan partner aku. So, pada aku lantak kau lah! Ada lah satu peristiwa kat surau ni, solat dhuha ke solat hajat untuk PMR entah. Tak ingat. Dah habis solat, nak baca doa ni, aku baru perasan, depan aku, saf lelaki, betu;-betul dengan aku, aku nampak dia, tadah tangan baca doa, khusyuk.. Aku terdiam.. memang terkelu gila. Terkelu habis. Sebab masa nak start solat, dia kat tempat lain! Sumpah, dia memang kat tempat lain. Dia berdiri kat tengah. Tiba-tiba, nak habis solat, nak baca doa, nampak dia kat depan aku.. Aku terdiam!

Start umur aku 15 tahun, perasaan tu ada balik. Tapi aku diam. Bila nak exam PMR, aku memang tak faham math, dalam kelas aku, aku ada seorang kawan lelaki ni memang pandai math. Kawan lelaki aku yang pandai math ni adalah partner budak yang aku suka tu. Duduk sama-sama dengan dia. So, aku pun approach diri aku, minta dia ajarkan math. Lepas tu budak tu pun ajarlah aku. Waktu budak tu tengah ajar, lepas aku dah selesaikan soalan math tu, aku perasan, budak yang aku suka tu, sebelum aku minta kawan dia ni ajar,  dia duduk jauh tau! Bila aku tanya budak yang tak pandai math ni, aku perasan dia duduk dekat dengan kiteorang. Aku curious gila. Dia ni kenapa sebenarnya. Ke aku yang syok sendiri. So, aku pendam je perasaan aku daripada sekolah rendah.

Aku mengaku weh, waktu umur aku 16 tahun, aku bagi tahu dia perasaan aku. serius aku tak tipu. Kalau nak ikutkan rumah aku dengan dia, dekat je.. Adik lelaki aku ni selalu pergi masjid, bila dia pergi masjid, adik aku ni selalu nampak budak yang aku suka ni. Dia kenal budak yang aku suka tu sebab tut.. So, adik aku jadi orang tengah antara aku dengan dia.. Bila umur aku 16 tahun, aku dah tahu yang dia dah tak marah-marah aku lagi. Dia dah nampak matang. Adik aku ni sampaikan lah surat, kiriman pada dia, tapi percaya tak kalau aku cakap, yang dia tak pernah terima apa-apa daripada aku.. Mungkin betul, selama ni aku syok sendiri.. Aku je yang perasan. Setiap kali pergi sekolah, aku jadi malu dengan diri sendiri. Tapi tak lah semalu waktu sekolah rendah. Sebab hal ni, antara aku, dia dengan adik aku je. Orang lain tak tahu. Kadang aku perasan, dia pandang aku lama. Pernah juga terpandang serentak, tapi aku cepat-cepat pandang tempat lain. Sama kelas pun form 3 je. Form 4 and form 5 dah  tak sama sebab tu, aku berani jadikan adik aku sebagai orang tengah sebab dah tak sama kelas..

Lama aku suka dia. Lama gila.. Waktu tu, aku tak terima sesiapa pun, hati macam dah tertutup, hanya untuk dia.. hah macam tu lah. Lama gila aku single sebab aku masih suka kat dia.. Perasaan tu makin lama makin kuat waktu tu. Kalau terserempak, terpandang, cepat-cepat pandang bawah, cepat-cepat pandang tempat lain. Pernah juga lupakan tapi alaaa yela! Cinta pertama kan.. urm..

You Might Also Like

0 comments